Salam semua...tinggal beberapa hari lagi menjelangnya Syawal 1432H...
Dikesempatan ini Bakers1171 igin mengucapkan Selamat HAri Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin..
Bakers1171 baru ja sempat membuat 1 jenis biskut rya..biskut kegemaran ramai..Tart Nenas...thn ni cuba resipi lain plak...mbik dr dapur k.Azlita (Masam Manis)...mmg sedap biskut ini...sampai adik Bakers1171 angkat tgn mcm gini...yg Ayah plak suh jual thn dpan...da ka sapa nk beli biskut klu jual arge mhl2 ..hu3
sapa yg nk buat tart nenas ini..Bakers1171 suggest anda mesti follow resepi ni ya...Selamat mencuba..Sesapa mls buat & nk rsa sila la dtg beraya kt umah Bakers1171 ya...tp duit rya xda la ya...hik3
copy & paste semula resipi dr blog k.Azlita..
TART NENAS NYONYA
By: Kak Jee
Adunan dapat anggaran 35 - 40 biji (*Bakers1171 dpt dlm 90 biji)
300 gms tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar gula ising
200 gms butter (* Bakers1171 gna jenama Anchor-pure butter)
2 kuning telor sahaja
jem nenas300 gms tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar gula ising
200 gms butter (* Bakers1171 gna jenama Anchor-pure butter)
2 kuning telor sahaja
Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas. Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.
Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method). Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh.
Canai jadi setengah inci dan turap guna acuan atau cutter . Untuk lebih mudah agar tak melekat2 lapik dengan plastik semasa mencanai doh. 1 keping plastik 4 segi potong jadi sekeping besar. Oleskan atas plastik dgn sedikit minyak. Letakkan doh di tengah plastik dan lipat plastik dan kayu canai tu gelek atas plastik.
Kemudian terap adunan tadi dgn terap tuk buat tart. Kalau adunan melekat kat alat penerap tu. Beruskan sedikit alat tu dgn sedikit minyak masak. Ini dapat mengelakkan adunan dari melekat2.
Kalau nak ikut cara kak jee yg lebih mudah boleh tgk kat SINI
Susun adunan yg telah di canai atas loyang pembakar.
Ambil jem nenas dan gentel bulat2 sebesar guli. Letakkan atas doh yg telah di terap tadi. Buat hingga habis.
Kemudian bakar adunan ni dalam oven yg bersuhu 170C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak.
Setelah masak keluarkan dari loyang dan letak atas redai hingga sejuk. Simpan dalam bekas kedap udara.
* Tart nenas Bakers1171 btk bunga...dh lma terigin nk buat btk ni...
0 comments:
Post a Comment