Followers

Tuesday, August 30, 2011

Kek...Kek...Kek Raya...huwaaa

Kekek..KeK..Kek..Kek Raya...huwaa...siap jugak kek raya ku...Choc Indulgence (tul ke x ejaan ni), red velvet & marble cheese brownies...

ni rupe kek raya ku...walaupun cam nk kono tdo ket dapo..akhirnya siap even jam 2 am d pg rya...


# Red Velvet Cake #


# Choc Indulgence #


# Marble Cheese Brownies #
tggl bbrpa kerat lg..


BesKut Raya...

Salam 1 Syawal...
Alhamdulillah akhirnya segala persiapan rya tlh siap walaupun jam 2 pagi..

ni antara biskt raya...


# BisKuT OreO Black Beauty #

# Snow Almond #


# OaT Crisps Cookies #

# PopiA NesTuM #



resipi beskut ni anda semua blh tgk kt cni...Bakers1171 copy & paste semula...selamat mencuba..


1.BISKUT OREO BLACK BEAUTY
by: Citarasawan


Bahan A
280 gm mentega
200 gm gula castor

Bahan B
250 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko
30 gm tepung jagung
20 gm biskut oreo - dikisar halus buang dulu krim dia
1/2 sudu teh baking powder

Hiasan
Biskut oreo - dikisar halus buang dulu krim dia
Coklat masakan putih cairkan

Pukul bahan A hingga kembang
Semua bahan B satukan, kemudian ayak dan masukkan dalam bahan A dan gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut.
Masukkan adunan dalam piping bag dengan nozel bentuk bulat dan memanjang.
Tekan atas tray hingga habis.
Sapukan atasnya dengan putih telur dan taburkan serbuk oreo di atasnya.
Bakar pada suhu 150C selama 25-30 minit
Keluarkan biskut setelah masak. Tunggu biskut sejuk.
Paip kan dengan coklat putih.

Ikut Cara K.ita (Masam Manis)
Doh yang telah siap ita gentel bulat2 bentukkan seperti guli angaran berat 6 - 8 gm.
Kemudian ita golek2kan atas oreo hancur tu.
Susun dalam paper cup dan bakar.
Selepas tu boleh lah melorek atasnya.

Biskut ni masa kita masak dia naik cantik tau membulat. tapi bila dah kita keluarkan dari oven dia akan turun.. jadi jangan panik! dan ingat tak jadi pulak..


*Nk lg sedap,Bakers1171 suggest bolehlah tmbh kacang macademia, walnut @ almond sbg inti..

2.SNOW ALMOND
By: Kak Wan


Bahan A
260 gm butter
150 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
50 gm serbuk badam

Bahan B
300 gm tepung Red Rose
50 gm tepung kastard
50 gm susu tepung
40 gm tepung jagung

Bahan Hiasan
Coklat masakan - cairkan cara double boiler
Sedikit breadcrumb putih  - untuk menyalut

Pukul bahan A hingga berkrim
Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh yg lembut
Canai dan terap dengan acuan yg di sukai
Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau sehingga masak
Sejukkan biskut atas redai
Celup biskut dalam coklat masakan yg telah di cairkan cara double boiler
Golekkan biskut ke dalam breadcrumb 
Simpan biskut dalam bekas kedap udara.



3.
OAT CRIPS COOKIES 
sumber : Izah

130g tepung gandum
30g tepung jagung
20g serbuk koko 
½ sk serbuk penaik 
Kesemua bahan di atas di ayak
¼ sk serbuk kulit kayu manis- ita tak letak
¼ sk garam
90g Quaker Oat Segera
200g mentega
120g brown sugar
½ sk esen vanilla
badam nips

Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas. 
Masukkan garam dan Quaker Oats segera dan gaul rata. 
Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu. 
Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. 
Uli hingga kental. Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung. 
Potong atau terap dan letak atas dulang. 
Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit  (saya bakar 18minit) atau sehingga rangup.

4.POPIA NESTUM HORLICKS
sumber : Izah


Bahan2:
·                     2 bungkus popia
·                     1/2 cawan nestum*
·                     1/2 cawan gula pasir*
·                     1/3 cawan horlicks*
·                     2 sudu makan tepung gandum+sedikit air,jadi paste)-untuk melekat popia
·                     minyak secukupnya(dlm 3 cawan) untuk menggoreng
Cara:
1.             Pisahkan kulit popia satu persatu
2.             Gulungkan dan 'gam'kan hujungnya dengan paste tepung.
3.             Setelah semua selesai digulung,gunting dalam 1 inci
4.             Goreng sehingga bertukar warna kekuningan,angkat dan toskan
5.             Kisar bersama bahan2 * menggunakan pengisar bahan kering
6.             Gaul bersama bahan 4 bersama bahan kisar semasa masih suam.
7.             Sejukkan sepenuhna sebelum disimpan di dalam balang dan boleh dinikmati bila2 masa..



Thursday, August 25, 2011

BiSkuT Raya 2011

Salam semua...tinggal beberapa hari lagi menjelangnya Syawal 1432H...
Dikesempatan ini Bakers1171 igin mengucapkan Selamat HAri Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin..



Bakers1171 baru ja sempat membuat 1 jenis biskut rya..biskut kegemaran ramai..Tart Nenas...thn ni cuba resipi lain plak...mbik dr dapur k.Azlita (Masam Manis)...mmg sedap biskut ini...sampai adik Bakers1171 angkat tgn mcm gini...yg Ayah plak suh jual thn dpan...da ka sapa nk beli biskut klu jual arge mhl2 ..hu3


sapa yg nk buat tart nenas ini..Bakers1171 suggest anda mesti follow resepi ni ya...Selamat mencuba..Sesapa mls buat & nk rsa sila la dtg beraya kt umah Bakers1171 ya...tp duit rya xda la ya...hik3

copy & paste semula resipi dr blog k.Azlita..



TART NENAS NYONYA
By: Kak Jee
 
Adunan dapat anggaran 35 - 40 biji (*Bakers1171 dpt dlm 90 biji)

300 gms tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar gula ising
200 gms butter (* Bakers1171 gna jenama Anchor-pure butter)
2 kuning telor sahaja
jem nenas

Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas. Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.

Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method). Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh.

Canai jadi setengah inci dan turap guna acuan atau cutter . Untuk lebih mudah agar tak melekat2 lapik dengan plastik semasa mencanai doh. 1 keping plastik 4 segi potong jadi sekeping besar. Oleskan atas plastik dgn sedikit minyak. Letakkan doh di tengah plastik dan lipat plastik dan kayu canai tu gelek atas plastik.
Kemudian terap adunan tadi dgn terap tuk buat tart. Kalau adunan melekat kat alat penerap tu. Beruskan sedikit alat tu dgn sedikit minyak masak. Ini dapat mengelakkan adunan dari melekat2.
Kalau nak ikut cara kak jee yg lebih mudah boleh tgk kat SINI
Susun adunan yg telah di canai atas loyang pembakar.
Ambil jem nenas dan gentel bulat2 sebesar guli. Letakkan atas doh yg telah di terap tadi. Buat hingga habis.
Kemudian bakar adunan ni dalam oven yg bersuhu 170C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak.
Setelah masak keluarkan dari loyang dan letak atas redai hingga sejuk. Simpan dalam bekas kedap udara.


* Tart nenas Bakers1171 btk bunga...dh lma terigin nk buat btk ni...





Tuesday, August 23, 2011

ChoC & MaCarooN

Dapat tempahan macaroon lg...hu3..kali ni jadi ke tidak ya?? ponat cek fikiq..
Bakers1171 siap tempahan choc dlu coz ia mudah...customer nk filling mint + kekacang..tp Bakers1171 oter ckit filling mint kpd coklat ijau perisa mint...






Kali ini buat macaroon guna kaedah len iaitu Swiss..alhamdulillah jd tp x perfect...






* sesiapa yg terigin mencuba sila tgk kt SINI..insyallah jadi. tp kna tgk cuaca dulu ya..

MacaRon..jadI ke X??

1st cubaan membuat MACAROON setelah mengikut kelas ri 2...
Masa dok buat dok gelisah x tentu hala, jd ke x la mcaroon ni???...tgk cuaca kt luar ok, panas...

Selepas beberapa minit...adunan siap..+ paip ats dulang..wahh comel2 belaka..jd la kot ya...



After di bakar...da yg jd macam ni...hu3



tapi da jgk yg elok...so proses mengelas pn bermula dan akhirnya dpt la 1 bks penuh...



1 bekas da 15pcs..dgn filling BC Oreo & Dark ganache..

Saturday, August 20, 2011

@ PosTo-PosTo @

Alhamdulillah sudah hari ke 20 kita semua berposa...Ni order mggu lps, lmbt pos..almaklumlah sdikit cbuk. Siang hari kalut dgn keja di opis manakala mlm kerjakan solat terawih..Anda bgaimana?? dok kuih rya pa @ p shoppg bju rya..

Teman dr Alor Star oder choc buat seseorg yg istimewa..'ltk dlm bkas luv ya', katanya...Choc d hntar  gna perkhidmatan pos..Alhamdulillah choc selamat smpai kpd beliau tnpa sbg cacat cela..Risau jgk Bakers1171 coz 1st time gna khidmat pos ...

Trima kasih byk2 coz tlg take pic choc..Bakers1171 xigat nk mbik..bru tersedar pic choc blm mbik stlh ia siap dbgkus..hu3




Friday, August 5, 2011

Puding Jelly Oren

Salam Ramadhan buat semua umat Islam...moga Ramadhan kali ini memberi beribu-ribu keberkatan buat anda. First day posa (1 Ramadhan), Bakers1171 terigin membuat dessert..mmmm...Dh alang2 cuti kn...Untuk pengetahuan semua, Kedah cuti sempena 1 Ramadhan...
setelah menjengah blog k.Nor (secubit garam), terbekenan plak kt puding ni...so teliti bahan2 & check kt dlm esbok..da oren...weee blh la buat..tp kna salin resipi dlu, takut terkurang @ terlebih...pas Zohor aktiviti membuat puding  ni bermula..senang buat klu btl2 ikut resipinyer..kat cni cek copy & paste semula resipi tersebut..Harap anda pn mencubanyer..



PUDING JELLY OREN
resipi : 
Juwita Fariz
sumber : 
K.Nor@SecubitGaram

Lapisan Jernih
4 g serbuk agar-agar
500 ml air
5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing-masing)
sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)
sedikit pewarna kuning

cara-cara
Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
Setelah sebati masukan perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.
ketepikan

lapisan puding
4 g serbuk agar-agar
200 ml air
300 ml susu
5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing)
sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)
sedikit pewarna kuning

Cara-cara
Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
Setelah sebati masukan, susu, perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.
Masak sebentar dan ketepikan

cara-cara untuk melapis.
sediakan bekas yang sesuai.
masukkan lapisan puding dahulu biarkan sejuk hingga lapisan tersebut keras kemudian masukkan lapisan jernih buat kaedah yang sama sehingga habis.
Boleh la disimpan didalam peti sejuk sehingga benar2 keras
Jika ingin dipotong sila kurangkan kandungan air bagi jelly ini kerana jelly ini agak lembik.

** Cara yg K.Nor buat, letakkan gelas yg nak digunakan dlm loyang besar yg berisi air dan ketulan ais. Dgn cara ni, boleh mempercepatkan puding tu mengeras dan tak perlu masukkan dlm peti ais. Masa menuang layer seterusnya, guna belakang sudu kecil dan letakkan di dinding bahagian dalam gelas dan tuang slow2 supaya adunan tak terjerlus ke dalam adunan sebelumnya.
    Bila adunan puding yg belum dilayerkan (balance dlm periuk) nampak cam mengeras, panaskan sekejap tp jgn sampai terlalu panas. cukup sekadar nak mencairkan balik adunan supaya mudah dituang. (biasanya bila tinggal 2 layer terakhir adunan akan mula mengeras, boleh la dipanaskan sekejap ya)


*Bakers1171 ltk dlm esbok utk bekukn nyer ...tp skejap ajala ya..